Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Iri Hati dan Kedengkian Dalam Diri


ASSALAMMUALAIKUM.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.


IRI HATI DAN KEDENGKIAN DALAM DIRI.

Hati adalah penentu atau cerminan dari sikap dan perbuatan manusia. Isi hati seseorang hanya diketahui dirinya sendiri dan ALLAH. Manusia adalah makhluk sempurna yang diciptakan ALLAH dengan berbagai kelebihan, seperti dapat merasakan sedih, senang, marah melalui hatinya.

Isi hati seseorang dapat menjadi penentu akhlaknya. Hal ini dikeranakan apabila seseorang memilki hati yang baik, maka akhlaknya juga pasti baik dan apabila seseorang hati yang buruk, maka akhlaknya pun pasti akan buruk.

Akhlak dalam bahasa arab berasal dari kata khuluk yang bererti  tinggah laku, perangai, atau tabiat. Secara terminologi, akhlak adalah tinggkahlaku seseorang yang didorong oleh sesuatu keinginan secara mendasar untuk melakukan sesuatu perbuatan. Dalam islam, akhlak terbahagi menjadi dua yaitu 

akhlakul karimah atau akhlak baik dn akhlakul mazmumah atau  akhlak buruk.

Salah satu akhlakul mazmumah adalah iri dengki, iri dengki adalah hasad. Iri dengki ini disebabkan dari hati yang tidak merasa senang apabila melihat orang lain lebih bahagia dari dirinya.

Dalam islam, iri dengki ini adalah salah satu penyakit hati yang akan membuat seseorang tidak tenang dalam menjalani hidup kerana turus merasa tersaingi oleh kebahagian orang lain.

Penyakit hati ini dapat mengarahkan manusia melakukan perbuatan negatif. Yang paling ringan adalah membuat hasut atau pun memfitnah orang lain. Kerana kecenderungan tersebut, islam melarang setiap muslim untuk iri pada orang lain. Jika perasaan itu muncul sangat dianjurkan untuk dikendalikan.

ALLAH melarang hambanya merasa iri dengki apabila melihat orang lain lebih bahagia, lebih kaya dan lebih segalanya kerana ALLAH telah memberikan rezeki kepada hambanya sesuai porsi masing masing. Dalam al quran surah an nisa ayat 32, ALLAH berfirman:


"DAN JANGANLAH KAMU IRI HATI TERHADAP APA YANG DIKURNIAKAN ALLAH KEPADA SEBAHAGIAN KAMU LEBIH BANYAK DARI SEBAHAGIAN YANG LAIN. (KERANA) BAGI ORANG LAKI LAKI ADA BAHAGIAN DARIPADA APA YANG MEREKA USAHAKAN, DAN BAGI PARA WANITA PUN ADA BAHAGIAN DARI APA YANG MEREKA USAHAKAN, DAN MOHONLAH KEPADA ALLAH SEBAGIAN DARI KURNIANYA, SESUNGGUHYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU."


Dalam ayat tersebut telah dijelaskan bahawa ALLAH melarang hambanya merasa iri dengki terhadap orang lain. Selain itu, perbuatan iri dengki dapat menghapus amalan amalan ibadah seseorang dalam artian iri dengki dapat merusak kebaikan yang telah dilakukan seseorang tersebut. RASULULLAH SAW bersabda:


"JAGALAH DIRIMU DARI HASAD, KERANA SESUNGGUHNYA HASAD MERUSAK KEBAIKAN, SEBAGAIMANA API YANG MEMAKAN KAYU BAKAR." (HR ABU DAUD).


CARA MENGHINDARI SIFAT IRI DENGKI.


1. MEMBACA DOA AGAR DIJAUHKAN DARI SIFAT IRI.


Penyakit hati ini dapat mengarahkan manusia untuk melakukan perbuatan negatif. Yang paling ringan adalah berbuat iri dengki ataupun memfitnah orang lain. Kerana kecenderungan tersebut, Islam merlarang setiap muslim untuk iri pada orang lain.

Jika perasaan itu muncul, sangat dianjurkan untuk dikendalikan. Cara cara dapat mengendalikan sekaligus dari menjauhkan hati dari perasaan iri dengki yaitu dengan membaca doa:


"YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI DAN DOSA DOSA SAUDARA  KAMI YANG TELAH MENDAHULUI KAMI DENGAN MEMBAWA IMAN, DAN JANGANLAH ENGKAU MEMBIARKAN KEDENGKIAN DALAM HATI KAMI TERHADAP ORANG ORANG YANG BERIMAN. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENYANTUN LAGI MAHA PENYAYANG." 


2. PERBANYAK ISTIGFAR.

Beristigfar bisa menghilangkan dosa dan noda penyakit hati.


"JIKA SEORANG MELAKUKAN SATU DOSA, NESCAYA AKAN DITOREHKAN DI HATINYA SATU NODA HITAM. SEANDAINYA DIA MENINGGALKAN DOSA ITU, BERISTIGFAR DAN BERTAUBAT NESCAYA NODA ITU AKAN DIHAPUS. TAPI JIKA DIA KEMBALI BERBUAT DOSA NESCAYA NODA NODA ITU AKAN SEMAKIN BERTAMBAH HINGGA MENGHITAMKAN SEMUA HATINYA. ITULAH PENUTUP YANG DIFIRMANKAN ALLAH , SEKALI SEKALI TIDAK DEMIKIAN, SEBENARNYA APA YANG SELALU MEREKA LAKUKAN ITU TELAH MENUTUP HATI MEREKA." (HR TIRMIDZI).


3.PERBANYAK IBADAH.

Dengan memperbanyak ibadah dan pengetahuan mengenai agama, nescaya seseorang akan menemukan cara menjadi pribadi yang baik dan benar serta mendasarkan semua perbuatan dalam hidup beribadah.

Dengan beribadah, maka iman seseorang juga akan bertambah dan mampu menyingkirkan segala sifat tercela termasuk dengki dalam hati.


4. PERBANYAK BERSYUKUR.

Bersyukur adalah salah satu cara agar tetap istiqomah dijalan ALLAH dan agar sebagai seorang hamba tidak melupakan bahwa semua orang memiliki hak yang sama untuk diberikan nikmat atau berkat dari ALLAH.


5.MENJAGA SILATURRAHIM.

Dengan memelihara silaturrahim yang baik, Maka seseorang akan bisa mendapatkan kesan yang sebenarnya tentang orang lain. Selain itu juga bisa mempererat hubungan serta rasa persaudaraan antara sesama ummat sehingga terhindar dari perasaan iri dengki.


6. MENYEDARI BAHAWA SIFAT IRI DENGKI TIDAK DISUKAI ALLAH.

Jika seseorang menyedari bahawa sifat iri dengki adalah perbuatan yang tidak disukai ALLAH, Maka seseorang akan lebih berhati hati dalam menggunakan hatinya untuk berprasangka kepada orang lain. Seseorang sadar bahawa iri dan dengki tidak akan memberikan keuntungan dan justru memunculkan permusuhan.


7. RAJIN MENGERJAKAN SHALAT.

Dengan rajin mengerjakan shalat fardhu dan shalat sunnah, seseorang akan lebih terhindar dari perbuatan keji seperti iri dan dengki.


"BACALAH APA YANG TELAH DI WAHYUKAN KEPADAMU, YAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKAN SHALAT. SESUNGGUHNYA SHALAT ITU MENCEGAH DARI (PERBUATAN PERBUATAN) KEJI DAN MUNGKAR, DAN SESUNGGUHNYA MENGINGAT ALLAH (SHALAT) ADALAH LEBIH BESAR (KEUTAMAANNYA DARI IBADAH IBADAH YANG LAIN.) DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN."

(AL ANKABUT ayat 45).


Semoga bermanfaat..

امين يارب العالمين..

Post a Comment for "Iri Hati dan Kedengkian Dalam Diri"